Monday, June 4, 2012
Cara-cara segala cara :D
Petua Membina Keyakinan Diri
Mencapai Sesuatu - Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tetapi jangan membebankan diri seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan diri sendiri sahaja.
Luahkan Perasaan Takut - Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran dan pasti kawan-kawan juga akan berbuat demikian.
Latih Depan Cermin - Latihan di depan cermin akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.
Memerhatikan Orang yang Berkeyakinan dan Berpengaruh - Memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita.
Mendapatkan Feedback atau Tindakbalas - Tiada siapa tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan feedback mengenai pekembangan diri anda.
Berfikiran Positif - Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda adalah seorang yang bersemangat dan positif. Elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.
Menghargai Diri Sendiri - Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syukur masih diberi peluang BERNAFAS hari ini kerana Semalam ada Orang mati, hari ini ada Orang mati, esOk juga pasti ada yang mati, dan TIDAK MUSTAHIL kita yang seterusnya mati..
ReplyDeleteYa Allah,
Berikanlah kami semua mati dalam pengakhiran yang baik (husnul khotimah) dan bukan pengakhiran yang buruk (suul khotimah).. Amin..