Monday, June 4, 2012

Bekalan Isteri Solehah :D

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia 1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al- Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 2. Tiup dalam air dan minum. 3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

11 comments:

  1. [Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

    1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

    2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

    3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

    4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

    5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

    6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

    7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

    8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

    9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

    10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)

    ReplyDelete
  2. eTazkirah: Cara Allah s.w.t. Memakbulkan Doa Kita

    Doa kita kadang-kadang dikabulkan Allah dengan dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

    Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar. Mengapa begitu? Kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta.

    Ingatlah apa yang Allah s.w.t. tegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Difardhukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216)

    ReplyDelete
  3. "Jangan Bersedih Wahai Hati" --> http://diarihati.com/blog/2012/03/07/jangan-bersedih-wahai-hati/

    Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.

    Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang…

    Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.

    Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

    Senyumlah selalu.. La Tahzan, saudara/saudariku sekalian. :)

    ReplyDelete
  4. Petua Melayu Lama Untuk
    Memagar Diri Sendiri

    Waktunya selepas solat maghrib. Seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

    Caranya:

    1. Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

    2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

    3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

    4. Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

    5. Untuk permulaan amalkan amalan ini 1 bulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  5. TAKABBUR : AKU LEBIH BAIK DARI KAMU?...

    Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah S.W.T. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti akan lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah S.W.T. melalui sebuah hadis qudsi.

    Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

    "Allah S.W.T. berfirman: "Kesombongan adalah selendang-Ku dan Kebesaran adalah Sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Ku lemparkan ia ke dalam Jahannam" - (Riwayat Abu Daud, no: 4092 dan Ibn Majah, no:4147).

    SEJARAH TAKABBUR

    Kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk terhadap Allah S.W.T ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s.

    Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur?

    Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang dicipta daripada tanah.

    TANDA TAKABBUR

    1) Tidak suka berdoa
    2) Mudah terluka dan melukakan hati orang lain.
    3) Sukar memberi dan meminta maaf.
    4) Memotong cakap orang lain.
    5) Gila kuasa dan jawatan.
    6) Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh.
    7) Gila pujian.
    8) Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya.
    9) Tidak suka berziarah.

    ReplyDelete
  6. Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)

    Isteri Solehah

    ( 1 )
    Isteri cerdik yang solehah
    Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
    Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
    Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

    ( ulang 1 )

    Pandangan kita diperteguhkan
    Menjadikan kita tetap pendirian
    Ilmu yang diberi dapat disimpan
    Kita lupa, dia mengingatkan

    ( ulang 1 )

    Nasihat kita dijadikan pakaian
    Silap kita, dia betulkan
    Penghibur di waktu kesunyian
    Terasa ramai bila bersamanya

    ( korus )
    Dia umpama tongkat si buta
    Bila tiada satu kehilangan
    Dia ibarat simpanan ilmu
    Semoga kekal untuk diwariskan

    ( ulang 1 )
    ( ulang korus )

    ReplyDelete
  7. :♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
    :♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
    :♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
    :♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
    :♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
    ... :♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
    :♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

    Dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
    sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
    ALLAH yang akan tentukan...
    jadi, usah risau..
    andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
    InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥

    ReplyDelete
  8. [PETUA IMAM SYAFIE]

    Empat perkara menguatkan badan
    1. makan daging
    2. memakai haruman
    3. kerap mandi
    4. berpakaian dari kapas

    Empat perkara melemahkan badan
    1. banyak berkelamin (bersetubuh)
    2. selalu cemas
    3. banyak minum air ketika makan
    4. banyak makan bahan yang masam

    Empat perkara menajamkan mata
    1. duduk mengadap kiblat
    2. bercelak sebelum tidur
    3. memandang yang hijau
    4. berpakaian bersih

    Empat perkara merosakan mata
    1. memandang najis
    2. melihat orang dibunuh
    3. melihat kemaluan
    4. membelakangi kiblat

    Empat perkara menajamkan fikiran
    1. tidak banyak berbual kosong
    2. rajin bersugi (gosok gigi)
    3. bercakap dengan orang soleh
    4. bergaul dengan para ulama

    Doa.
    Zikir.
    itulah kekuatan seorang muslim :)

    Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
    ♥sharing is caring ♥

    ReplyDelete
  9. “Kalau kita nak melakukan sesuatu perkara, kenalah sentiasa ikhlas. Macam meluahkan perasaan. Agak-agak, awak semua percaya tak kalau seseorang yang awak baru kenal cakap dia suka pada awak? Mestilah tak, kan. Sebab apa? Sebab kita sentiasa berpegang pada prinsip, mana mungkin seseorang itu boleh jatuh suka dalam sekelip mata. Dan, kalau betul perkara tersebut terjadi sekalipun, pasti kita mahu menguji sejauh mana keikhlasan si dia terhadap kita. Betul tak?


    Begitulah juga dalam beribadat. Mana mungkin kita akan merasai kenikmatan dan kemanisan dalam beribadat sekiranya baru pertama kali melaksanakannya. Sebab itulah, Allah datangkan ujian. Allah ingin menguji sejauh mana kita ikhlas dalam melaksanakan perintah-Nya dan berusaha untuk meninggalkan segala larangan-Nya. Adakah hamba-Nya tetap sabar dan kekal istiqamah dalam beribadat, atau sekadar buat tetapi bagai melepaskan batuk di tangga?


    Dan ingatlah, apabila berbicara soal ikhlas di sini, ia boleh dipupuk. Bergantung kepada individu itu sendiri sejauh mana kesanggupan dia dalam mencari keikhlasan itu. Ingatlah, Allah tidak memandang kepada hasil sesuatu perkara. Akan tetapi, Allah memandang kepada usaha yang kita laksanakan untuk mencari keredhaan-Nya. Semakin besar ujian dan halangan yang mendatang, semakin besarlah kemanisan iman yang menanti kita, insya-Allah.”

    ReplyDelete
  10. “Ada ke pulak tanya macam tu. Ingat sikit, kakak tu isteri orang. Jangan nak buat perangai macam ni dah depan orang lain nanti. Malu umi, tahu! Maruah suami tu, kita kena jaga.”
    Nah! Sekali umi bagi tazkirah lepas nikah pula. Apa boleh buat, tadah telinga dengar sajalah.
    “Ni lagi satu umi nak pesan, kalau ada apa-apa yang tak kena, jangan nak terus serbu je. Siasat dulu! Bergaduh adik-beradik lain, bergaduh suami isteri ini lain. Jangan pula nak pergi canang sana-sini buruk suami sendiri,” bebel umi lagi, lagi dan lagi.
    Dan lagi. “…Hati tu pun sama. Kena jaga juga. Kalau tak puas hati kat mana-mana, cakap elok-elok dengan dia. Duduk bincang mana yang tak kena. Jangan tak puas hati, pendam sorang diri. Mengutuk dalam hati, free-free je dapat dosa. Ingat, syurga kakak di telapak kaki Hakimi sekarang. Redha dia, redhalah Allah.”

    ReplyDelete
  11. TAAT PADA BOYFRIEND by Hanis Zalikha.

    Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

    I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

    “Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

    Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

    Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

    Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

    Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

    There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

    Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself.

    So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

    ReplyDelete