Thursday, April 26, 2012

I AM A SERVANT

Aku seorang hamba... layakkah aku bersikap angkuh dan sombong dengan kekayaan, kebijaksanaan yang dipinjamkan sedangkan aku hanya seorang hamba? layakkah aku bersikap meninggi diri dan berasa lebih mulia serta lebih baik sedangkan aku hanya seorang hamba? layakkah aku berasa marah keatas sesuatu yang bukan milikku, sedangkan aku hanya seorang hamba? sedarlah wahai diri, kehidupan di dunia bukanlah untuk dibangga-banggakan kerana diriku hanyalah seorang hamba harta kekayaan, wang yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, rumah yang selesa, kereta yang mewah, pangkat yang besar, dan apa sahaja yang dirasakan hak kepunyaan aku semuanya bukan hak milikku dan tidak layak pun untuk aku memilikinya hatta diriku sendiri, bukanlah milik sesiapapun dan juga, bukanlah milikku kerana... aku hanyalah seorang hamba hamba kepada Al-Khaliq, Pencipta bagi alam semesta Yang Maha Kaya lebih dari yang kaya raya di dunia Yang Maha Kuat, lebih dari yang paling kuat di dunia Yang Maha Berkuasa, lebih dari yang paling berkuasa di dunia ALLAH swt Astaghfirullah! Istighfarlah wahai diri Sedarlah wahai diri Sedarkah wahai diri Sedarlah wahai diri...

8 comments:

  1. Usahlah berduka.....

    1- Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda. sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.

    2-Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan ALLAH, mengajar agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala kesombongan dari diri anda.

    3- Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan hulurkan kebaikan kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagian ketika menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kapada orang yang memerlukan, dan menyayangi anak yatim.

    4- Ketahuilah. bahawa anda sebenarnya memiliki berbagai kenikmatan, dan memiliki pundi-pundi kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri anda.

    5-Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan kosong, khayalan-khayalan buruk dan fikiran-fikiran yang kotor.

    ReplyDelete
  2. Mendamba cintaku..

    Oh Tuhanku
    ampunkanlah,
    segala dosaku.
    Oh Tuhanku,
    Maafkanlah,
    kejahilan hambamu.

    Kusering melanggar arahanMu,
    dalam sedar ataupun tidak,
    ku sering meninggalkan suruhanMu,
    walauku sedar ku milikMu.

    Oh Tuhanku
    ampunkanlah,
    segala dosaku.
    Oh Tuhanku,
    Maafkanlah,
    kejahilan hambamu.

    Bilakah diri ini
    kan kembali,
    kepada fitrah sebenar,

    pagi ku ingat,
    petang ku alpa.
    begitulah silih berganti.

    Oh Tuhanku,
    Kau pimpinlah diri ini
    yang mendamba cintaMu,
    aku lemah aku jahil,
    tanpa pimpinan dariMu

    ku sering berjanji depanMu,
    Sering jua ku mungkiri,
    Ku penah menangis keranaMu
    kemudian ketawa semula

    Bilakah diri ini
    kan kembali,
    kepada fitrah sebenar,

    pagi ku ingat,
    petang ku alpa.
    begitulah silih berganti.

    Kau pengasih,
    Kau penyayang,
    Kau pengampun,
    kepada hamba-hambaMu,
    Selangkahku kepada Mu,
    Seribu langkah Kau kepada ku.

    Tuhan,
    diri ini,
    tidak layak ke syurgaMu.
    tapi, tidak pula ku sanggup ke nerakaMu.
    Ku takut padaMu,
    ku harap jua padaMu.

    ReplyDelete
  3. Malunya pada ALLAH swt

    Bila kita bertemu orang tersayang,
    kita berhias diri,
    berpakaian cantek,
    berwangi-wangian,
    degupan jantung berdegup-degup
    hati rasa berdebar-debar
    hati juga rasa teruja untuk bertemu
    bila yang tersayang berkehendakkan sesuatu
    cepat-cepat kita usahakan
    lantas tidak mahu yang tersayang itu kecewa
    tapi...

    Bila kita bertemu yang menciptakan kita,
    yang begitu kasih dan sayang pada kita,
    yang memberi nikmat hidup kepada kita,
    yang meniupkan ruh kepada kita,
    yang begitu belas kasihan kepada kita,
    kita berpakaian yang biasa-biasa,
    kadang-kadang dicalitkan sedikit wangi-wangian,
    perasan teruja jarang-jarang ada,
    malah ada yang berasa berat untuk bertemu
    dan ada juga yang tidak mahu bertemu
    bila Dia memanggil pun tidak kita sahuti panggilanNya
    yang disuruh pun selalu tidak kita penuhi
    yang dilarang pun selalu juga kita langgari
    sedangkan Dialah yang Maha Menciptakan kita
    Dialah yang memegang dan menguasai nyawa kita
    Tanpa Dia...
    kita tidak punya ruang untuk bernafas di muka bumi

    Tidakkah kita malu padaNya
    ALLAH Al-Khaliq, Ar-Rahman, Ar-Rahiim???

    Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis.

    Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)


    Wallahua'lamuma fi qalbi...

    ReplyDelete
  4. Miskin atau kaya ujian Allah

    Firman Allah s.w.t.: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu
    dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata:

    "Tuhanku Telah memuliakanku". Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu
    membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku".
    (Al-Fajr: 15-16).

    Meneliti kandungan ayat di atas Allah s.w.t. telah memandu kita dalam
    memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini
    kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di
    sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya
    dan miskin, senang dan susah.

    Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan
    tentang dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat.
    Golongan itu ialah:

    Pertama: Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah
    lapisan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki
    wang yang serba cukup untuk membeli apa sahaja yang terlintas di
    fikiran mereka. Mereka mendakwa bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki
    adalah merupakan tanda kemuliaan dan rahmat Tuhan kepada mereka.

    Oleh itu biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka
    dari aspek material sama ada kenderaan, pakaian, makanan dan tempat
    kediaman mereka. Mereka juga hidup di kawasan yang setaraf dengan
    mereka dan jauh dari golongan miskin.

    Termasuk di dalam golongan ini ialah mereka yang dikurniakan kedudukan
    dan kemenangan dalam merebut jawatan pemimpin sesebuah organisasi
    mahupun negara. Mereka mendakwa kedudukan tinggi ini adalah hasil
    kebenaran yang dibawa. Pihak yang kalah pula didakwa sebagai tanda
    kesalahan dan tiadanya perkenan dari Tuhan.

    Daripada aspek sebuah masyarakat dan negara, kekayaan dan sumber alam
    yang melimpah ruah juga didakwa sebagai lambang rahmat dan punca
    kemajuan negara. Justeru para pemimpin seringkali mengaitkan kekayaan
    tersebut sebagai bukti kebaikan dan kebijaksanaan memerintah negara.

    Namun demikian Allah s.w.t. telah membetulkan persepsi di atas dengan
    firman-Nya yang bermaksud: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
    lalu dia dimuliakan-Nya dan diberikan kesenangan, Maka dia akan
    berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (Al-Fajr:15).

    Ayat ini menjelaskan tabiat majoriti manusia yang menilai kekayaan dan
    kesenangan yang dimiliki sama ada dari aspek material mahupun pangkat.
    Ia menjadi satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka,
    sedangkan semuanya adalah merupakan satu ujian kepada mereka.

    Apakah kekayaan itu diurus berpandukan syariat Allah atau sebaliknya?
    Seperti yang dihuraikan oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsirnya
    Al-Munir. Allah s.w.t. menempelak mereka yang membuat dakwaan seperti
    di atas. Kerana pada hakikatnya kemuliaan di sisi Allah bukanlah
    diukur dari sudut kekayaan tetapi diukur menurut ketakwaan dan
    keimanan seseorang seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di
    dalam tafsirnya.

    Jika kaya sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan menambahkan amal
    kebajikan dan ibadah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di
    dalam tafsirnya. Ini kerana kekayaan dan kesenangan biasanya akan
    menghanyutkan manusia dan membawa mereka kepada kekufuran.

    Aniaya

    Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Qarun. Akibat dari kekayaan
    melimpah ruah yang dikurniakan kepadanya telah menjerumuskannya ke
    lembah kekufuran kepada Allah.

    ReplyDelete
  5. Firman Allah s.w.t., Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Nabi
    Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah
    menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya
    sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah)
    ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga!
    Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu
    membanggakan diri". Surah Al-Qasas :76

    Juga apa yang berlaku kepada Firaun! Hasil segala kesenangan, kekayaan
    dan kedudukan yang dimiliki menyebabkan ia kufur kepada Allah. Malah
    dengan angkuh mengaku diri sebagai Tuhan yang amat berkuasa.

    Sebagai muslim sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat kekayaan dan
    kesenangan adalah ujian yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia.
    Ini kerana biasanya golongan kayalah yang selalunya hanyut dengan
    kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin keselamatan
    harta benda mereka.

    Dalam sejarah kebangkitan Islam kita dapati golongan yang paling kuat
    menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w adalah datang dari kalangan
    bangsawan dan mereka yang berkedudukan di dalam masyarakat. Ini kerana
    kekayaan menyebabkan mereka sombong dan bongkak lantas tidak mahu
    menerima kebenaran.

    Kedua: Golongan kedua pula ialah golongan miskin. Biasanya golongan
    ini mempunyai tanggapan bahawa kesempitan hidup dan kesusahan yang
    menimpa mereka adalah merupakan satu bentuk penghinaan yang telah
    ditakdirkan ke atas mereka.

    Selalunya mereka akan merasa rendah diri, tidak mahu berusaha dan
    sering meminta-minta. Akibat dari tanggapan sedemikian menyebabkan
    adanya kalangan golongan miskin yang tidak mahu mengabdikan diri
    kepada Allah kerana mereka buruk sangka kepada-Nya.

    Justeru Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Hampir-hampir kemiskinan
    boleh membawa kepada kekufuran.

    Allah telah menyatakan bahawa kemiskinan bukanlah tanda kebencian
    Tuhan atau penghinaan tetapi ia merupakan satu bentuk ujian kepada
    manusia. Sama ada ia dapat bersabar atau sebaliknya di dalam
    berhadapan dengan ujian ini. Firman Allah s.w.t., Adapun bila Tuhannya
    mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku
    menghinakanku". (Al-Fajr: 16).

    Ujian berbentuk kemiskinan juga amat sukar dihadapi oleh manusia
    kerana dengannya menyebabkan manusia terlalu bergantung kepada manusia
    yang lain dan hilang pergantungan dengan Yang Maha Pencipta.

    Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi
    mendapat sesuap nasi. Meskipun apa yang dilakukan adalah haram.
    Kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang menurut apa sahaja kehendak
    orang yang berkuasa ke atasnya meskipun jelas ia adalah bertentangan
    dengan syariat Allah.

    Di dalam sejarah tamadun manusia pemerintah yang kejam dan zalim
    menjadikan kemiskinan sebagai senjata untuk mengongkong dan memeras
    ugut rakyat agar terus memberikan sokongan kepadanya.

    Kesimpulannya, kekayaan dan kemiskinan kedua-duanya adalah merupakan
    ujian kepada manusia di dunia ini. Bagi yang kaya, kekayaan boleh
    menghanyutkan mereka dalam arus kemurkaan Allah. Namun sebaliknya,
    jika kekayaan digunakan sebaik-baiknya, ia boleh menjadi pendorong
    kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.

    Sebabnya, dengan kekayaan akan memberikan seseorang ruang
    seluas-luasnya untuk bersedekah dan mendermakan harta ke jalan
    meningkatkan syiar Islam. Kemiskinan pula boleh menjadikan seseorang
    terdorong melanggar larangan Allah semata-mata untuk memperolehi harta
    kekayaan.

    Namun kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang sentiasa insaf, ingat
    kepada Allah dan bergantung dengan-Nya sepanjang masa. Malah
    Rasulullah s.a.w amat suka berdampingan dengan golongan miskin kerana
    ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah
    diri.

    ReplyDelete
  6. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. | Anda adalah apa yang anda fikirkan, oleh yang demikian, berfikirlah secara positif, pasti anda menjadi seorang yang positif juga | Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah. | biar nampak bodoh seketika dengan bertanya, jangan bodoh selamanya kerana tidak bertanya | Kita gagal mendidik diri istiqomah kerana terlalu banyak perkara yang telah menghitamkan hati | Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti. | Kita hidup hanya sementara, kenapa perlu bazirkan masa untuk melakukan kejahatan, sedangkan kebaikan itu lebih indah. | Kita hidup untuk mengumpul sebanyak mana amal kebaikan yang mampu kita lakukan di dunia ini... Semua ini sebagai bekalan kita untuk menghadapi kematian... | "I dont like what you are doing,but I wont insult you for it.You know why? Because who you are tomorrow may be better than who I am today." | Usahlah mengeluh apabila ditimpa musibah, bersyukurlah, sesungguhnya kita adalah golongan yang terpilih. | Tiada yang terlihat lebih indah oleh dua orang yang menjalinkan cinta selain dengan perkahwinan. (HR Ibnu Majah, Hakim dari Ibnu Abbas) | Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka, dan jangan mencari keburukan mereka. (Ibnu Hibban) | Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki; tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya. | Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. -Saidina Ali | Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri. | When you make dua for someone, their place in your heart grows. | Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan. | I am so glad I took psychology, we are trained to practice 'complete positive regard'. To suspend our judgment on anyone. | Indahnya wanita pada akhlaknya, bijaknya lelaki pada akalnya. | Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca matayang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa. | Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri. | Seandainya anda sedang marah, ambillah wuduk, solat sunat dan bacalah Quran kerana ianya memberikan ketenangan. | man adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan. Iman mesti diikuti dengan amal. Amal adalah buah daripada iman.

    ReplyDelete
  7. ❤ SABAR:
    Sabar Di Sebalik Kemarahan
    Sabar Di Sebalik Ujian
    Sabar Menyelesaikan Masalah

    ❤ REDHA:
    Redha Dengan Ketentuan-Nya
    Redha Terhadap Takdir-Nya
    Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
    Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

    ❤ KUAT:
    Kuat Menghadapi Ujian
    Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
    Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
    Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

    ❤ TENANG:
    Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
    Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
    Tenang Apabila Diri DiKhianati
    Tenang Apabila Hati Dilukai

    ❤ MENANGIS:
    Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
    Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu...........

    ReplyDelete
  8. TAKABBUR : AKU LEBIH BAIK DARI KAMU?...

    Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah S.W.T. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti akan lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah S.W.T. melalui sebuah hadis qudsi.

    Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

    "Allah S.W.T. berfirman: "Kesombongan adalah selendang-Ku dan Kebesaran adalah Sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Ku lemparkan ia ke dalam Jahannam" - (Riwayat Abu Daud, no: 4092 dan Ibn Majah, no:4147).

    SEJARAH TAKABBUR

    Kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk terhadap Allah S.W.T ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s.

    Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur?

    Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang dicipta daripada tanah.

    TANDA TAKABBUR

    1) Tidak suka berdoa
    2) Mudah terluka dan melukakan hati orang lain.
    3) Sukar memberi dan meminta maaf.
    4) Memotong cakap orang lain.
    5) Gila kuasa dan jawatan.
    6) Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh.
    7) Gila pujian.
    8) Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya.
    9) Tidak suka berziarah.

    ReplyDelete