Thursday, November 24, 2011
Surat Dari Bakal Suami..
Kepada bakal isteriku/ Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I… menulis ini adalah kerana kehendak hati I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 dulang emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan makam-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don’t trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
~LB~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tautan Rindu Wanita Muslimah, Sebelum Engkau Halal BagiKu
ReplyDeleteJika engkau tidak mendapati seseorang yg boleh membahagiakanmu,maka berusahalah untuk membahagiakan dirimu sendiri,
Jgn engkau biarkan dirimu menjadi mangsa oleh kesedihanmu dimalam2 yg gelap,
Mulailah kehancuran diri sebagai awal mimpi yg baru,
Jadilah orang yg percaya bahwa jika engkau terjatuh dlm sebuah lubang,engkau pasti akan keluar darinya dgn lebih kuat dr sebelumnya,dan ?????”.bersama dgn orang2 yg sabar…
Demikianlah aku memahami hidup
=============================================================
Tahukah kalian semua bahwa Lelaki yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih kepada seorang wanita serta tidak keluar berdua-duaan dgn wanita yg bukan muhrim,sehingga wanita tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.
Bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita akan tetapi lelaki itu takut dan malu dgn tuhan,takut akan dimurka tuhan.
=============================================================
Tatkala jatuh cinta pada seseorang ikatlah hatimu dgn seerat-eratnya,
Simpulkanlah ia dgn simpulan mati,yg hanya dapat dibuka bila waktunya tiba,
Sebelm mengorak langkah lebih jauh dgnnya, cukuplah cintai ia dlm diam kerana diammu bukti cintamu padanya,
kau ingin memuliakanya dgn tidak mengajaknya menjalin hubungan yg trlarang kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya,
menghindarkan dirinya dari perkara yang merosak izzah dan iffahnya..
=============================================================
Berterima kasihlah pada orang yg telah melukai hatimu,kerana dia telah membuatmu kuat,
Berterima kasihlah pada orang yg telah membohongimu kerana dia telah membuat melebihi bijaksana,
berterima kasihlah pada orang yg telah membencimu kerana dia telah mengasah ketegaranmu,
berterima kasihlah pada orang yg mengecewakanmu kerana dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas,
berterima kasihlah pada orang yg menjaga dan mengerti semua keadaanmu kerana disitulah Rahman tuhan” ada bersamamu.
~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~
DOA SEORANG ISTERI.....(untuk renungan bersama insan bernama isteri)
ReplyDeleteYa ALLAH...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Amin Ya Rabbi Allamin..
Sekadar perkongsian bersama: (Copy n Paste)
ReplyDeleteMACAMANA HILANGKAN RASA RAGU2 PADA SUAMI.....
Cik puan harus tidak tertekan. Kadang2 stress dan rasa cemburu itu, dapat trigger, rasa tidak selesa. Relaxs dan enjoy masa bersama suami :0) Pada masa yang sama, banyakkan berdoa perkara2 yang baik untuk suami kita. Kata-kata dan bisikan hati itu, doa sebenarnya :0)
RASA CURIGA AKAN MEMBUNUH KEBAHAGIAN....
~ Kelemahan Pasangan Anda, Mungkin Kelebihan Perkahwinan Mu ~
ReplyDeleteSeperti:
~ Kuat berdengkur
~ Bau badan sbb pemandu lori minyak/sampah/getah skrap...
~ Cacat
~ Tidak hensem
~ Pakai baju selekah
~ Pendiam sbb agak kampungan sikit.. ext....
Apabila berlaku satu kehilangan, baru kita sedar perkara yang remeh itu membuat kita rindu. Perkara remeh tersebut buat kita faham betapa ia memberikan sinar dalam perkahwinan kita.....
Indahnya Jika.....
ReplyDeleteDiri dicintai dan mencintai.
Orang yang kita suka, juga menyukai kita.
Bila mencintai dia dalam diam, dan dia juga rasa apa yg kita rasa...
EHmmmm....jadikan diri kita mahal...bukan kata nak jual mahal.
MUTIARA DIRI UTK RENUNGAN:
ReplyDeleteAmbil pelajaran dari masa lalu, tinggalkan sisanya. Jangan biarkan belenggu kesedihan menutup jalanmu menuju masa depan..
Dalam hidup, akan selalu ada orang yg tak menyukaimu, namun itu bukan urusanmu. Lakukan apa yg kamu anggap benar dI sisi ALLAH dan RASUL NYA.
...
Hidup penuh pilihan. Apa yg kamu pilih hari ini akan menentukan masa depanmu. Pilihlah yg membuatmu jadi pribadi yg lebih baik.
Jangan hiraukan mereka yg berbicara buruk di belakangmu, karena merekalah yg bodoh menghabiskan waktunya memikirkan tentangmu.
Hargai orang lain, siapapun itu, dan jangan pernah menaruh dendam kepada siapapun. Isi setiap harimu dengan kebaikan.
Jika kamu tak mampu menghargai dirimu sendiri, tak ada orang yg mampu menghargaimu. Terima dirimu apa adanya. Jadi dirimu sendiri.
Hidup bukan tentang seberapa besar kesalahanmu di masa lalu, tapi tentang bagaimana kamu memperbaiki diri dan kuat menjalani hari.
Jangan berubah hanya karena ada yg tak menyukaimu. Jadi dirimu sendiri, akan selalu ada seseorang yg menyayangimu apa adanya.
Jangan pernah meremehkan kemampuanmu. Jika kamu menyadari betapa kuatnya pikiranmu, kamu tak akan pernah berpikir tuk menyerah.
Jadilah pribadi yang bijak. Ketahui apa yang harus dihindari dan apa yang harus diberikan perhatian penuh..UTAMAKAN AKHIRAT mu..tapi jangan lupa DUNIA mu..
Seseorang terlihat kuat, tak berarti dia tak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tak ada yg berlaku dlm hidup nya, tapi mungkin hatinya terluka..(hijab sang pencinta)
Salah satu bentuk penghargaan terhadap hidup kita adalah dengan menghargai hidup orang lain.
Jangan berubah tuk menyenangkan seseorang. Berubahlah karena buatmu pribadi yg lebih baik dan bawamu ke masa depan yg lebih baik.
La takhuf wa la tahzan. Innallah ha ma'a ana"
(Jangan takut dan jangan bersedih. Sesungguh nya Allah bersama ku)
adab fauqol ilmi'-
Adab itu berada di atas ilmu..
Al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)
♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥
usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.
ReplyDeletenamun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian.
oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.
berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..
(-'_'-) Jodoh itu rahsia Allah Swt..
ReplyDeleteSEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ
Jika ALLAH S.W.T Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Kekasih Kita ツ
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya ツ
Hadiah Mendengar
ReplyDeleteBerikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar -benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
.
Hadiah Tanda Kasih
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
.
Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak di sangka oleh orang yang dikasihi.
.
Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
.
Hadiah Puji-Pujian
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.
.
Hadiah Bantuan
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jagaan anak, dan lain-lain.
.
Hadiah Bersendirian
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
.
Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
.
Hadiah Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang di sukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
.
Hadiah Doa
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kita.
.
Surat Hawa Untuk Adam
ReplyDeleteOhh Adam…
Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
ReplyDeleteAdam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…
Ikhlas dari
Hawa
Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga
ReplyDeleteTulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga
ReplyDelete