Wednesday, December 24, 2014
apa suami mahu
Setiap pasangan suami isteri pasti akan mengimpikan satu kehidupan yang bahagia dan harmoni. Setiap suami juga pasti
mengidamkan seorang wanita solehah yang merupakan sebaik-baik kenikmatan dunia.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat
kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Titmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830.
Berikut adalah 13 adab isteri terhadap suami yang perlu
diketahui.
1. Ketika suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau melawan cakapnya.
2. Apabila suami marah maka hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami dan seeloknya berdiam lebih baik terlebih
dahulu. jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung
atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan pula kita mengharapkan suami akan meminta maaf kerana ego seorang lelaki amat sukar dibendung.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat
menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Banyakkan bersabar dan
bertolak ansur
4. Apabila kuku, misai dan janggut suami telah panjang, segeralah memotongnya
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan
kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya....
6. Isteri perlu tahu apa yang disukai dan tidak disukai. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng...Suami pastinya suka dengan air tangan isteri
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh
supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.Kekemasan seorang suami pastinya menampakkan terjaganya seorang suami
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket
baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi..
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah
minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.
Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri
sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain,
suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu
tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di
kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah....isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami..
Semoga artikel ini bermanfaat dan mengeratkan lagi hubungan
suami dan isteri. #Renungan bersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment