Monday, June 23, 2014

Menu Berbuka

CADANGAN MENU BERBUKA PUASA Menu: 1. Ayam Panggang Bermadu 2. Udang Masak Serai Wangi 3. Ikan Siakap Kukus 4. Ikan Masak Berlada 5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 7. Pajeri Nenas 8. Mee Hailam 9. Ketam Bertelur 10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 12. Ikan Tiga Rasa 13. Ikan Pari Lemas!!!! 14. Tandoori Kurau 15. Tom Yam 16. Nasi Ayam Hakka 17. Mee Rebus 18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 19. Ayam Golek Seri Pahang 20. Kari Kepala Ikan 21. Black Pepper Steak 22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 24. Soto Ayam 25. Nasi Paprik 26. Nasi Dagang 27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 28. Gulai nenas ikan kering orang utara 29. Ayam Bercili masak ketumbar 30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style ________________________________________ Ayam Panggang Bermadu Bahan-bahan: 1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa Cara memasak: Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... atas ________________________________________ Udang Masak Serai Wangi Bahan-bahan: 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 4 batang serai 100 gm cili kering 100 gm bawang merah 100 gm cili merah 70 gm bawang putih 70 gm halia muda 3 sudu besar pati asam jawa 30 gm belacan bakar 100 gm pati santan Garam dan gula secukup rasa Cara memasak: 1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 4. Masukkan pati santan dan udang. 5. Masak hingga naik bau. atas ________________________________________ Ikan Siakap Kukus Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa Cara memasak: 1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. atas ________________________________________ Ikan Masak Berlada Bahan-bahan: 3 ~ 4 ekor ikan sembilang 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa Cara memasak: 1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. atas ________________________________________ Ikan Kerapu Masak Asam Manis Bahan-bahan A: 1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa Bahan-bahan B: 5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa Cara memasak: 1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup. 2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi. Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun. atas ________________________________________ Ayam Masak Cendawan Ala Cina Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris 6 ulas bawang putih - dicincang 4 ~ 5 tangkai cili padi Sedikit kicap lemak manis Sedikit sos tiram Cara memasak: 1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit). atas ________________________________________ Pajeri Nenas Bahan-bahan: Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) Sedikit serbuk kunyit 4 biji bawang merah ] 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang Biji sawi gula sikit garam secukup rasa Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air Cara memasak: 1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit). atas Mee Hailam Bahan-bahan: 1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam secukup rasa 6 biji cili api 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) Cara memasak: 1. Tumiskan bawang putih dan cili api. 2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil. 4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. 5. Masukkan sayur2 an dan mee. atas ________________________________________ Ketam Bertelur Bahan-bahan: 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 3 sudu sos tiram 3 sudu sos cili 3 sudu cili yang dah diblend 7 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih yang agak besar sepotong halia sebiji telur garam sedikit gula sedikit minyak untuk menumis bawang besar Cara memasak: 1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 2. Masukkan secawan air 3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. atas ________________________________________ Ayam Kepak Masak Minyak Bijan Bahan -bahan: Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah Sesame oil/Minyak bijan Serbuk lada hitam Fish sauce/Sos ikan Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) Sos tiram Cara memasak: 1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. atas ________________________________________ Nehari (Kari Kambing Kashmir) Bahan-bahan: 1 camca besar garam masala 4 ulas bawang putih dicincang halus 2 cm halia dicincang halus sedikit garam 2 camca kecil serbuk cili 1 camca besar serbuk ketumbar 1/2 camca kecil serbuk buah pala 1 camca besar serbuk jintan kasar 1 camca besar paparika 4 labu bawang besar dihiris nipis 1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 150ml Tairu 2 camca besar tomato puri 1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 2 biji cili hijau dihiris Minyak Vesawit untuk menggoreng Air secukupnya Garam secukup rasa Cara memasak: 1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau. atas ________________________________________ Ikan Tiga Rasa Bahan-bahan 1 ekor ikan siakap / kerapu sedikit bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia 2 biji tomato (agak masak) 6 biji cili merah 10 biji cili padi 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato sedikit gula, garam bhn utk dikisar Cara memasak: 1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 4. Tuang atas ikan atas ________________________________________ Ikan Pari Lemas!!!! Bahan A: 1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) - di basuh bersih - sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. - letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) Bahan B: 5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 2 batang serai di mayang halus 1 helai daun limau purut di koyak empat 25 biji cili padi di mayang halus halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 3 sudu besar minyak masak 2 sudu besar sos minyak ikan sedikit ajinamoto 1/2 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil gula Bahan C: 10 biji limau kasturi Cara memasak: Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit atas Tandoori Kurau Bahan-bahan: 3 keping ikan kurau 1 biji liamu purut 1 sudu besar halia (dicincang halus) 2 biji bawang putih (dicincang halus) 5 sudu besar yoghurt 1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 10 gm jintan halus Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) Garam dan lada hitam secukup rasa 2 sudu besar minyak sapi Cara: 1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 4. Hidangkan bersama roti atau nasi. atas ________________________________________ Tom Yam Bahan-bahan: Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) Daging - 250 gm (dipotong kecil) Udang - terpulang pada tukang masak Bahan A – Blenderkan Halia 3 inci Bawang merah 6 ulas Cili api 20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) Bahan-bahan lain Minyak masak - 1/5 cawan Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh Lobak merah - 2 btg (dipotong) Bunga kubis - 150 gram Putik jagung - 2 bungkus Tomato - 3 biji (potong 4) Bawang besar - 3 biji (potong 4) Daun limau purut - 3 atau 4 helai Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu Air Garam Bahan perasa - jika berminat Cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak. 3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... atas

No comments:

Post a Comment