Thursday, May 24, 2012

My Solah

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh 1. Tidur lebih awal. 2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur 3. Tekad untuk bangun solat subuh 4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun 5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat 6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat 7. Mengguna saranan saranan peringatan 8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur 9. Tidak tidur sendirian 10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain 11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap 12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat 13. Menyalakan lampu di saat bangun 14. Tidak berjaga malam terlalu lama 15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur 16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar 17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh 18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur 19. Tidur di siang hari ( Qailulah) 20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib 21. Ikhlas kerana ALLAH SWT Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook, Sharing is Caring

4 comments:

  1. KEKUATAN SOLAT DHUHA

    Solat dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki. Namun kita perlu menyedari Solat Dhuha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki. Dengan Solat Dhuha, seseorang dapat menambah ibadat wajibnya dengan solat sunat dan mendekatkan diri kepada Allah. Apa yang jelas, Solat Dhuha menambahka amal soleh.

    Solat Dhuha juga menjadikan Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Apabila kita melakukannya secara berterusan atau istiqamah, Allah pasti membersihkan dosa-dosa kita.

    Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW menyatakan

    " Sesiapa yang berdiri sewaktu matahari menampakkan dirinya, lalu mengambil wudhu dengan sempurna dan kemudian mengerjakan Solat Dhuha dua rakaat, Allah mengampunkan semua dosanya. Dia kembali bersih daripada semua dosa seperti seorang bayi yang baru lahir daripada kandungan ibunya. "

    ( Hadis Laporan Abu Ya'la daripada Uqbah bin Amir ).

    FADILAT SOLAT DHUHA

    ✿ Dapat menghindarkan diri daripada kemiskinan
    ✿ Dapat mengubah kesusahan menjadi kesenangan dalam mencari rezeki
    ✿ Allah membina istana di syurga
    ✿ Allah menghapuskan segala dosa
    ✿ Allah mencukupkan segala keperluan
    ✿ Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga

    Rezeki Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam kurniaan zuriat, kelapangan fikiran dan ketenangan hidup.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." - YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

    ReplyDelete
  3. 10 wasiat Hasan al-Banna

    1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

    2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

    3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

    4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

    5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

    ReplyDelete
  4. 6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

    7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

    8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
    * untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
    * untuk menghapuskan kemungkaran
    * kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
    * kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

    9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

    10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

    ReplyDelete