Saturday, May 5, 2012

Islam Agamaku

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

4 comments:

  1. Doa tidak tertolak pada dua waktu, yaitu ketika adzan berkumandang & ketika hujan turun. (HR.Al Hakim)

    ReplyDelete
  2. Ikut keperluan bukan kemampuan

    Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Saya memastikan adanya tiga bagi tiga: Bagi orang yang sibuk dengan dunia, yang rakus kepada dunia dan yang bakhil dengan dunia, maka pasti dia akan menderita kekurangan yang tidak ada cukupnya, yang sibuk yang tidak ada lapangnya dan risau yang tidak ada senangnya.”

    Begitulah peringatan Rasulullah kepada umatnya yang Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Baginda sangat bimbang dengan si kaya yang bersifat loba dengan harta dan tidak mahu membantu si papa, mereka ini dilaknat oleh Allah swt. Jika mereka bersikap demikian nescaya walaupun kaya harta namun jiwa mereka miskin. Sentiasa tiada merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Justeru itu mereka sibuk memburu dunia dengan rakusnya dan bersikap bakhil dengan dunia. Akhirnya mereka tiada menemui kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

    Jiwa terasa kosong dan menderita. Dunia yang dikejar telah menipudaya dan mengecewakannya. Lebih malang lagi ialah mereka yang miskin harta dan miskin jiwa, iaitu si miskin yang tidak redha dengan kemiskinannya. Mereka menganggap Tuhan tidak adil kerana membiarkan hidup mereka melarat. Sedarkah mereka bahawa junjungan besar juga tergolong di dalam orang-orang yang miskin. Baginda senang dengan cara hidup sedemikian, melalui cara inilah akan mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Kiranya baginda ingin kaya cukup dengan mukjizat yang Allah kurniakan padanya, gunung Uhud boleh bertukar menjadi emas dengan sekelip mata.

    Siti Fatimah, anak kesayangan Rasulullah, diasuh oleh baginda hidup di dalam serba kekurangan dan mengambil apa yang perlu saja di atas dunia ini. Dia dididik begitu rupa supaya hatinya tidak cinta dunia dan supaya menjadi wanita contoh kepada wanita lainnya.

    Seseorang yang kukuh imannya di dada akan menjadi orang yang kaya jiwa walaupun miskin harta. Apabila jiwa kaya, rumah sempit terasa luas, hidup miskin terasa kaya sebab hatinya telah tertanam sifat redha dan Qanaah (memadai dengan apa yang ada).

    Oleh itu jangan rasa dukacita dengan kemiskinan harta, sebaliknya bersedihlah dengan kemiskinan jiwa. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran dan kemiskinan.” Riwayat Abdullah bin Umar.

    Malah baginda selalu berdoa kepada Allah agar dimatikan di dalam golongan orang miskin yang redha dengan kemiskinannya serta dibangkitkan di Akhirat nanti bersama-sama orang yang miskin. Doanya yang bermaksud: “Ya Allah matikanlah aku sebagai orang fakir miskin, dan janganlah matikan aku kaya, dan kumpulkanlah aku di mahsyar dalam golongan orang-orang miskin pada hari Kiamat. Maka sesungguhnya yang amat celaka ialah orang yang miskin di dunia dan terseksa di akhirat.”

    Seboleh-bolehnya lemparkanlah sejauh-jauhnya angan-angan untuk memiliki rumah mewah di dunia ini. Seandainya kita dikurniakan rumah besar, pastilah lebih banyak harta yang mesti dicari bagi mengisi setiap ruang rumah. Jangan jadikan rumah kita seperti muzium, dihiasi dengan patung-patung atau binatang-binatang buas yang dikeraskan atau mini bar ataupun gambar-gambar lucah yang bergantungan di dinding.

    ReplyDelete
  3. Usaha, Tawakal & Redha... Beryukur dan berdoa.. :D

    ReplyDelete
  4. Mereka bertanya kepadaku : “Apa khabar?”
    Lantas ku jawab: “ALHAMDULILLAH...”

    Maka mereka menyangka bahawa aku sedang DALAM KEGEMBIRAAN..mereka lupa bahawa kita perlu BERSYUKUR kepada Allah semasa GEMBIRA ATAU DUKACITA..

    ✿~ Alhamdulillah ketika kita BERSEDIH..
    ✿~ Alhamdulillah ketika DUNIA MENGHIMPIT KITA..
    ✿~ Alhamdulillah ketika kita CERIA..
    ✿~ Alhamdulillah ketika kita SAKIT..
    ✿~ Alhamdulillah ketika kita REDHA dengan ketentuan..
    ✿~ Alhamdulillah ketika kita SELESA..
    ✿~ Alhamdulillah dalam SETIAP PERKARA dan KEADAAN..

    p/s : Alhamdulillah, Allah masih beri PELUANG..

    #Terima kasih Allah ♥♥

    ReplyDelete