Saturday, March 24, 2012

10 resepi cinta :)

. Kekuatan berfikirCinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apayang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhanSentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakanâ?¦dan sekarangâ?¦kenapa kamumenunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

2 comments:

  1. Kalau hari ini..lelaki mudah ber'dating' dengan perempuan yang BELUM SAH sebagai pasangannya, PERATUS untuk dia ber'dating' pula dengan perempuan lain yang TIDAK HALAL selepas berkahwin dengan adalah TINGGI..✿ܓ

    >>> Oleh itu, JANGAN ber'dating' dengan mana-mana lelaki AJNABI..InsyaAllah akan dapat SUAMI yang tidak akan ber'dating' dengan mana-mana perempuan lepas kahwin..SABAR adalah perlu untuk meninggalkan larangan Allah..

    Jangan terburu NAFSU, nanti diri yang LESU..

    ReplyDelete
  2. Hati Seorang WANITA.....

    1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya
    ingin bermanja dan mendapatkan perhatian....
    2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala,
    kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali
    sekala....
    3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut
    dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang
    wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab
    sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
    tersebut untuk disimpan jadi pengajaran.... Bukan
    DENDAM....
    4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui....
    5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk
    seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa,
    anak-anak dan suami. WANITA amat tabah....
    6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling
    dalam diam....
    7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang
    pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi
    tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya
    kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga
    sesama kaum....
    8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya
    sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka
    dengan yang dicintai....
    9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling
    dalam dan tulus....
    10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA
    kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu
    akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada
    satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu
    nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan
    bukan menghanyutkannya.
    Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah
    sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah....
    WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk
    kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk
    dikasari.... Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN
    WANITA ...

    ReplyDelete