Saturday, February 11, 2012

Perempuan

Jangan Biar Air Mata Wanita Jatuh…


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akansentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik nya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan membaca buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan ‘Hi’ ^_^ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil resiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya.So,kalau hendak memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Benarkah kata-kata ini?Komen yea,moga kita dapat sama-sama mengetahui lebih mendalam tentang air mata wanita,ada hikmah dalam setiap perasaan wanita.

LA TAHZAN!

Begitu banyak motivasi,dikau wanita tempatnya dihati seperti hakikat kejadianmu sebagai rusuk kiri lelaki dekat di hati untuk dicintai dekat di lengan untuk dilindungi.Jangan biar air mata wanita jatuh…

5 comments:

  1. Kisah Julaibib dan Istri Yang Taat

    Wanita yang benar-benar solehah ibarat seseorang yang tahan memegang bara api yang panas ...

    Jika telah sampai suatu perintah syariat pada seorang wanita muslimah maka ia akan taat, terima, dan tunduk (walau itu berat untuk dijalankannya). Dia tidak menyanggah, tidak membangkang, ataupun mencari alasan untuk tidak menerimanya.

    Perhatikanlah cerita wanita mulia ini! Cerita tentang seorang pengantin wanita ...



    Adalah seorang laki-laki dari sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bernama Julaibib. Wajahnya sungguh tidak menarik dan miskin pula. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menawarinya berkahwin. Dia berkata (tidak percaya), "Kalau begitu, anda menganggap tidak laku?"

    Beliau bersabda, "Tetapi kamu di sisi Allah bukan tidak laku."

    Dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sentiasa terus mencari kesempatan untuk menikahkan Julaibib ...



    Hingga suatu hari, seorang laki-laki dari Ansar datang menawarkan anak perempuannya yang janda kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam agar beliau nikahi. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya, "Ya. Wahai fulan! Aku akan menikahkan putrimu. "

    "Ya, dan sungguh itu suatu kenikmatan, wahai Rasulullah," katanya riang.

    Namun Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku tidak menginginkannya untuk diriku ..."

    "Lalu, untuk siapa?" Tanyanya.

    Beliau menjawab, "Untuk Julaibib ..."

    Ia terperanjat, "Julaibib, wahai Rasulullah?!! Tunggu dulu ya Rasulullah .. Biarkan aku meminta pendapat ibunya .... "



    Laki-laki itu pun pulang kepada isterinya seraya berkata, "Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melamar puterimu."

    Dia menjawab, "Ya, dan itu suatu kenikmatan ..."

    "Menjadi isteri Rasulullah!" Tambahnya girang.

    Dia berkata lagi, "Sesungguhnya beliau tidak menginginkannya untuk diri beliau."

    "Lalu, untuk siapa?" Tanyanya.

    "Beliau menginginkannya untuk Julaibib," jawabnya.

    Dia berkata, "Aku siap memberikan leherku untuk Julaibib ...! Tidak. Demi Allah! Aku tidak akan menikahkan putriku dengan Julaibib. Padahal, kita telah menolak lamaran si fulan dan si fulan ... "katanya lagi.



    Sang bapak pun sedih kerana hal itu, dan ketika hendak beranjak menuju Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (untuk menyampaikan penolakannya), tiba-tiba anaknya (yang sejak tadi menguping) berteriak memanggil ayahnya dari biliknya, "Siapa yang melamarkanku kepada kalian?"

    "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam," jawab kedua-duanya.

    Dia berkata, "Apakah kalian akan menolak perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?"

    "Bawa aku menuju Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sungguh, beliau tidak akan mensia-nyiakanku, "lanjut sang putri.



    Sang bapak pun pergi menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, seraya berkata, "Wahai Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam, terserah anda. Nikahkanlah dia dengan Julaibib. "

    ReplyDelete
  2. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun menikahkannya dengan Julaibib, serta mendoakannya,

    "Ya Allah! Limpahkan kepada keduanya kebaikan, dan jangan jadikan kehidupan mereka susah. "



    Tidak selang beberapa hari pernikahannya, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk berangkat dalam peperangan (jihad fisabilillah), dan Julaibib ikut serta bersama beliau. Setelah peperangan tamat, dan para sahabat mulai saling mencari satu sama lain diantara mayat-mayat yang bergelimpangan.



    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada mereka, "Apakah kalian kehilangan seseorang?" Mereka menjawab, "Kami kehilangan fulan dan fulan ..."

    Kemudian beliau bertanya lagi, "Apakah kalian kehilangan seseorang?" Mereka menjawab, "Kami kehilangan si fulan dan si fulan ..."

    Kemudian beliau bertanya lagi, "Apakah kalian kehilangan seseorang?" Mereka menjawab, "Kami kehilangan fulan dan fulan ..."

    Setelah semuanya selesai mencari, Rasulullah bersabda, "Aku kehilangan Julaibib ..."



    Mereka pun ramai-ramai mencari dan memeriksanya di antara orang-orang yang terbunuh. Tetapi mereka tidak menemuinya di arena pertempuran. Terakhir, mereka menemuinya di sebuah tempat berasingan yang tidak begitu jauh dari lokasi pertempuran. Mayat Julaibib ditemui di antara tujuh mayat orang-orang musyrik. Dia telah membunuh mereka, kemudian akhirnya ia terbunuh juga.



    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdiri memandang mayatnya, lalu berkata, "Dia membunuh tujuh orang, lalu mereka membunuhnya. Dia membunuh tujuh orang, lalu mereka membunuhnya. Dia dari golonganku dan aku dari golongannya. "



    Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengendongnya di atas kedua-dua lengannya dan memerintahkan mereka agar menggali tanah untuk menguburnya.



    Anas radhiallahu 'anhu bertutur kisah tentang peristiwa itu, "Selama kami menggali kubur, tubuh Julaibib radhiallahu' anhu tidak mempunyai alas kecuali kedua lengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hingga ia digalikan dan diletakkan di liang lahadnya."



    Anas radhiallahu 'anhu berkata kemudian, "Demi Allah! Tidak ada di tengah-tengah orang Ansar yang lebih banyak berinfak daripada janda Julaibib (setelah wafatnya Julaibib, jandanya menerima begitu banyak pampasan perang sebagai hadiah penghargaan, red). Kemudian, para tokoh pun berlumba melamar janda Julaibib ... "



    Sungguh ini sesuai dengan firman Allah swt,

    "Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka itu adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." (An-Nur: 52).



    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga telah bersabda, sebagaimana dalam ash-Shahih, "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan itu?" Beliau bersabda, "Barangsiapa taat kepadaku, maka ia masuk syurga, dan barangsiapa mendurhakaiku bererti ia telah enggan. "

    ReplyDelete
  3. ciri-ciri dan sifat wanita yang baik


    1. Kecantikan Dalaman~
    Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

    2. Keanak-anakan~
    Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

    3. Cantik~
    NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

    4. Berakhlak Mulia~ "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

    5. Berpegang pada agama~"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"

    6. Dari keturunan yang baik-baik.~
    Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

    7. Bijaksana~ Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
    pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

    8. Tidak mempamerkan keseksian~
    "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
    (Hadis Riwayat Muslim)

    9. Tidak Cerewet~ Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

    ReplyDelete
  4. 10. Memahami lelaki
    Contoh: Yang berlaku: "Itulah
    abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

    11. Tidak terlampau cemburu~
    "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    12. Sejuk mata memandang.
    ~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

    13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

    14. Canggih~
    Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

    15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
    Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang, beliau melihat
    keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

    16. Pemaaf~
    Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

    17. Seimbang~ Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

    18. Berkeyakinan diri

    19. Mempunyai 'body language' yang baik.

    ReplyDelete
  5. 8 Sifat Wanita Pujaan Hati Lelaki

    Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

    1. Keanak-anakkan
    Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

    2. Penuh Pengertian
    Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
    memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

    3. Menghargai
    Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

    4. Menjaga Penampilan
    Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

    5. Pandai berbicara
    Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

    6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
    Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

    7. Menghormati Diri Sendiri
    Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

    8. Simpati dan prihatin
    Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
    Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

    ReplyDelete