Wednesday, November 30, 2011
Love Life :)
PERKATAAN LAZIM YANG SERING KAUM HAWA SUKA GUNAKAN:
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
-sygQu- ƪ(ˆ▽ˆ)ʃ
Tuesday, November 29, 2011
Kerja itu AMANAH..
Ada org dtg ke pejabatdengan perasaan gembira & ceria, ada ygd tg dgn perasaan biasa.. dan ada yg dtg dgn perasaan serba x kena.. sesiapa yg dtg dgn perasaan biasa.. punya hasil yg biasa.. tapi utk mereka yg gembira & ceria, hasilnya akn lebih dariapda biasa, dan luar biasa.. :)
bekerjalah dgn gembira agar menghasilkn produktiviti yg luar biasa, bisa mengembirakan org sekeliling kita :) Moga hasil ini dpt keberkatan dr ALLAH SWT..
RAMAI ORANG TIDAK BERUBAH BUKAN KERANA MEREKA TIDAK MAHU BERUBAH.. TETAPI MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK NAMPAK KEPERLUAN UNTUK BERUBAH..
Ada diantara kita, dtg ke pfis semata2 utk HADIR BEKERJA..tapi hampa.. coz hasilnya seperti kita TIDAK BEKERJA jugak!
Ada kala kita rasa BUSY gila, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK... dan KRISIS.
Adakala kita rasa kita ingin LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA2..
adakala kita cuka bertanya..'kenapa dia teda keja ya??' its better we think doz way..'apa lg keja aku boleh buat ya..'
abaikan sifat, I CAN BUT I WONT!!!
ada kalanya kita menjadi pekerja yg SEMPURNA, BAIK dan BERDEDIKASI.. tp cuba tgk dalam2.. kalo masih2 jg hati kita ada sifat dengki.. jatuhkn reputasi kawan sesama keja (repot keja n keburukan kwn) dan TIDAK AMANAH (mencuri dan x siapkn keja) kita sebenarnya perlu menerima hakikat bahawa KITA LEBIH TERUK DARI ANGGAPAN KITA SENDIRI!!!!
Pejam mata dan renungkanlah diri sendiri.. kalo kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA.. maka lakukanlah segera.. tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita beranggapan kita lebih baik.. adakah dgn merasakan ini.. kita adalah lebih baik??
maka untuk itu, marilah kita mula senyum, ceria dan mesra sesama sendiri.. dan tingkatkn kerjasama sesama kita..tak rugi kita menyemai semangat 'kekeluargaan' dlm tugasan.. kalo kita kurang kerja.. cariklah kerja utk membantu kawan2 yg lain.. tak dapat gaji pn xpa.. sebab dpt pahala dan keberkatan rezeki yg kita carik.. naseblah kalo sdh ditentukan jalan sukar yg kita pilih.. kalo gaji besar, perbelanjaan luar jangka tinggi, pn susah jgk..
renungilah.. berapa ramai kawan kita.. dan berapa ramai lawan kita.. nescaya itu kayu pengukur yg sebaik2nya..
Life 2
Ada kala kita rasa BUSY gila, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK... dan KRISIS.
Adakala kita rasa kita ingin LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA2.
Thursday, November 24, 2011
Surat Dari Bakal Suami..
Kepada bakal isteriku/ Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I… menulis ini adalah kerana kehendak hati I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 dulang emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan makam-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don’t trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
~LB~
Monday, November 21, 2011
No More Princess to me...
Dear bloggy..
hari ini am very frustrated. and hari ni me nekad brabis sdh ne. kedua2 anak ku akn ku lepaskn and kembalikn pada mummy n aunty. mulai hari ini, me xkn maw ambil kesah lagi pasal dua2 anak neh.. i wil move alone, without the children from now on.
sia2 rupanya pengorbanan me buat selama ini, and from now on me xkn ambil kesah lg pasal durang dua2. kita mengajar tp dpersalahkn.. niat mt baik, tp kalo mcm beginilah, then me akn konfem lepas tgn. me kasi balik durang dua and nda maw ambnil peduli sdh.
me btol2 kecewa.. and btol2 kecik ati teramat sangat. kalo btol2 kaw nda mo org tegur anak2 kaw then bgus kaw sendiri yg jaga. mmg me xkn ambil peduli lg la. apa2 pn me akn mula belajar jadi selfish from today onwards. thats it.. me tekad already..
my FB status..
is letting go... sia2 jgk segala pengorbanan yg telah saya buat selama ini, padahal kaw sendiri yg minta saya tolong few years back.. and now, saya serahkn tgjwb itu utk dteruskan oleh orang lain.. walaupn niat saya baik, tp disalahertikan.. mulai hari ini, saya akan belajar untuk jadi seorang manusia yang akan mementingkan diri sendiri.. Thanxs coz menunjukkan pertolonganku sudah tidak diperlukan lagi.. Syukur juga pada ALLAH coz mempermudahkan segala urusanku dengan mereka selama ini, dgn rezeki yg melimpah ruah but now, I AM LETTING THEM GO..
thanxs coz bg aku peluang utk cuba melaksanakannya sebaik2nya.. but nampaknya baik bagiku, tidak cukup untukmu.. nda pa la..
Sunday, November 20, 2011
“Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.”
Sunday, November 6, 2011
Life
Adakalanya 'racun' (kelemahan) diri kita adalah penawar kepada orang lain dan adakalanya penawar bagi kita adalah racun kepada orang lain. Jangan bersedih. Kehidupan adalah suatu perjalanan. Bukan satu rancangan. Nikmatnya sementara boleh...
Ad-Din
Sudahkah KITA mengisi jiwa dan hati ini untuk memenuhi hak - hak Allah?
Apakah sudah cukup?
kehidupan tak lepas dari tanggung jawab,
kerana tanggungjawab hanya diberikan pada yang hidup...
dan apa yang ditanggungkan akan dipertanggungjawabkan di hadapanNYA...
jangan lena,
kerana KEMATIAN adalah hal yang paling dekat dengan KITA..
Apakah sudah cukup?
kehidupan tak lepas dari tanggung jawab,
kerana tanggungjawab hanya diberikan pada yang hidup...
dan apa yang ditanggungkan akan dipertanggungjawabkan di hadapanNYA...
jangan lena,
kerana KEMATIAN adalah hal yang paling dekat dengan KITA..
My Doa
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung ke...padaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu.
Wealth
"Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat MENIKMATI segala perkara yang mereka miliki"
Trust In Life
kepercayaan itu berbatas dengan kejujuran,
jangan pernah mengharap dapat "dipercaya" jika saja "kejujuran" tidak kita pelihara....
semua orang dapat berkata,
namun mana diantaranya yang bermakna, hanyalah sedikit saja,
semoga dapat menjadi peribadi yang bercitra anggun bukan kerana batas kata yang terucap manis di bibir saja..
akan tetapi ia ada kerana nurani itu lebih memegang kuasa, insya Allah, amin...
jangan pernah mengharap dapat "dipercaya" jika saja "kejujuran" tidak kita pelihara....
semua orang dapat berkata,
namun mana diantaranya yang bermakna, hanyalah sedikit saja,
semoga dapat menjadi peribadi yang bercitra anggun bukan kerana batas kata yang terucap manis di bibir saja..
akan tetapi ia ada kerana nurani itu lebih memegang kuasa, insya Allah, amin...
Jodoh..
: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
Subscribe to:
Comments (Atom)