Friday, October 14, 2011

Kita Kawan Selamanya..

Cerita kita rahsia kita
jangan diluah merata-rata
kelak nanti kita yang binasa
nanti yang susah kita
kita juga yang susah akhirnya

kita kawan, kawan juga
tapi jangan terlalu percaya
hari ini kita tertawa, dia tertawa
semuanya indah, manis belaka
Esok kita menangis, dia berpaling muka
Malah lebih payah, dia mencaci pula

Nanti yang susah kita
bukan kita juga yang susah akhirnya
Nanti yang malu kita
Bukan mereka dan keluarga mereka

Kita nanti yang sakit jiwa
bukan mudah nak dilupa
malah bertahun-tahun ada yang sakit jiwa
tiada ubat, tiada penyembuhnya
akhirnya mati begitu sahaja

Wahai kawanku dimana sahaja
janganlah demikian rupa
tiada erti tiada apa apa
kerana kita sama sahaja
akhir sekali kita kawan selamanya . .

No comments:

Post a Comment