Sunday, February 17, 2013

Persediaan Perkahwinan

Berikut adalah ciri – ciri majlis perkahwinan yang ideal dengan fahaman islam. Berserdehana dari segi hiasan, makanan dan lain – lain. Tidak menganjurkan hiburan tambahan yang terlalu ekstrem seperti joget lambak dan karaoke sehingga lewat malam. Pengantin tidak memakai barang hiasan yang terlalu menonjol sehingga menimbulkan rasa rungsing orang yang melihatnya. Tidak ada paksaan pada pengantin lelaki untuk membayar wang hantaran yang di tetapkan pihak wanita. Tidak ada unsur syirik iaitu menduakan Allah dalam majlis perkahwinan. Tidak ada paksaan untuk tetapkan berapa dulang hantaran yang perlu di beri pihak lelaki dan pihak wanita. Tidak mendahulukan adat daripada syariah islam itu sendiri. Contohnya pengantin lelaki meminta sesuatu yang di benarkan syariah tetapi pihak wanita tidak izinkan kerana ia menganggu adat perkahwinan yang mereka ikut. Pihak lelaki berhak meminta sesuatu yang di benarkan syariah seperti masa untuk berdua – duaan dengan isterinya selepas dia nikah. Menjamu makanan pada tetamu mengikut kemampuan. Jangan jamu sesuatu di luar kemampuan anda sehingga anda perlu berhutang. Majlis kahwin tidak menganggu urusan penting orang lain. Pakaian pengantin tidak terlalu menjolok mata dan solekan yang di pakai pengantin juga perlulah berada dalam keadaan sederhana. Tidak ada unsur menghina agama dan Rasulullah S.A.W. Ikhlas dan tidak memaksa tetamu untuk member derma pada anda.

Friday, February 8, 2013

Ibu..

Kenanglah ibu yang menyayangimu.. Untuk ibu yang selalu meneteskan air mata ketika kau pergi... Ingatkah engkau ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu.. Ingatkah engkau..ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu? Dan ingatkan engkau ketika air mata menetes dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit... Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan.. Kembalilah...mohon maaf...pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.. Jangan biarkan kau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang,ketika ibu telah tiada... Tak ada lagi di depan pintu yang menyambut kita...,tak ada lagi senyuman indah...tanda bahagia.. Yang ada hanyalah kamar kosong tiada penghuninya..yang ada hanyalah baju yang digantung di lemarinya.. Tak ada lagi..dan tak akan ada lagi.. Yang akan meneteskan air mata mendo'akanmu disetiap hembusan nafasnya.. Pulang..dan kembalilah segera...peluklah ibu yang selalu menyayangimu.. Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya..

Wanita tu Perempuan

7 SIFAT ALAMI WANITA (Cowo wajib baca!) 1. Wanita suka didengarkan. Jadi kalau dia sedang marah, dengarkan saja. Kalau diladeni, tujuh hari tujuh malam dia tahan bertengkar! 2. Wanita suka kelembutan. Jangan pernah sekali-kali kasar pada wanita, karena wanita bisa menjadi lebih kasar. 3. Wanita suka diberi kejutan-kejutan kecil. Tidak harus memberi emas berlian pada sang isteri, cukup kecupan mesra di kening tapi penuh cinta nan lembut. 4. Sentuhlah wanita dengan kasih yang sesungguhnya. Kasih ini akan membuat wanita memberikan cinta yang lebih. 5. Berikan perhatian setiap saat. Ketika tidur pun sebenarnya wanita ingin diperhatikan. Ketersipuannya menandakan rasa senangnya diperhatikan. 6. Kirim selalu kata-kata mesra yang menggoda. Walau kata-kata cinta terasa biasa, tidak bagi wanita. Kata-kata “Aku kangen kamu sayang”, atau “Sehari tanpa mendengar suaramu, aku bisa gila”, atau “Hanya kamu yang membuatku tergila-gila”, sudah cukup membuat hati wanita melambung ke langit tujuh. Menggetarkan relung-relung hati dan jiwanya. (Ayo ngaku) 7. Wanita memang unik dan special. Sayangi dia, dan Anda akan mendapatkan ribuan kali lipat cintanya. :D

Sunday, February 3, 2013

Doaku..

Ya Allah, kuatkan diriku ketika sedih dan susah tabahkan diriku disaat letih dan lelah lindungi aku pabila ku tak mampu bertahan berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikan dan keburukan ketika aku memerlukan jalan penyelesaian Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan ketika aku hanyut memburu anganku berikan aku pedoman untuk mengecap ketenangan ketika aku dilambung ombak keresahan jadikan aku manusia yang semakin tabah Aamiin~

Islam Agamaku

Sedikit perkongsian sempena Maulidur Rasul. Rasulullah S.A.W bersabda - sebarkan walau sepotong ayat ku. 1. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat." 2. Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika saat kematian 3. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 4. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 5. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 6. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam. 7. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi; Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati . 1. Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati . 2. Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala . 3. Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala . 4. Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya . 5. Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada . Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Walaupun 1 tolong kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...

Inna Solatti..

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…… 1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

Kebersihan Diri

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya? Jangan Pandang Remeh Bab ni..... Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Perhubungan Tidak Halal

''maaf, saya tinggalkan awak bukan sebab benci. saya tinggalkan awak bukan sebab marah. tapi saya tinggalkan awak sebab saya sayang awak. awak dah banyak berubah lepas awak kenal saya... dan saya dapat rasa, saya makin jauh dari cinta Allah. solat saya yang dulunya khusyuk, sekarang tak khusyuk sebab fikirkan awak. Allah. sungguh, syaitan itu licik. saya tahu awak pun mengalami apa yang saya alami. InsyaAllah, perginya saya dalam hidup awak hanya sementara. akan datang, kalau kita jodoh, saya akan ada untuk awak setiap masa. InsyaAllah. awak tetapkanlah tarikh pernikahan kita jika awak sudah sedia. selama mana awak belum bersedia, selama tu tolong jangan ganggu saya.. ''

Beware

Nama : Iblis laknatullah Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat Tinggal DiDunia : Di dalam hati mereka yang lalai Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Modal pusingan : Angan-angan kosong Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam Kelemahan : Bila orang membaca istighfar Lambang : Sebarang tatu Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin. jangan lupa SHARE kan ke wall masing2 :)

Hidup Berkeluarga

20 TIPS MEMBAHAGIAKAN SUAMI ANDA,, 1. Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah Anda. Buatlah disaat suami Anda masuk ke rumah, dia merasa bahwa kecantikan dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang. 2. Bagaimana caranya agar suami Anda itu bisa merasa damai dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan kata2 ? Hal itulah yang secara terus menerus Anda selalu usahakan untuk suami Anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa. 3. Sopan dan penuh perhatianlah Anda ketika berbincang-bincang dan berdiskusi, jauhkanlah perdebatan dan sikap keras kepala untuk mengemukakan pendapat Anda. 4 .Fahami kebenaran dan keindahan prinsip2 Islam di balik kelebihan sang suami terhadap Anda selaku isteri, yang memang terkait dengan kudrat seorang wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dizalimi (penindasan). 5 .Lembutkanlah suara Anda ketika berbicara dengan sang suami dan pastikan suara Anda tidak meninggi pada saat dia bersama Anda. 6. Pastikan Anda bangun pada malam hari untuk melakukan solat malam secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkahwinan Anda, sungguh mengingat Allah SWT akan membawa ketenangan pada hati Anda. 7. Bersikaplah diam ketika suami Anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia mengizinkannya. 8. Berdirilah dekat suami Anda ketika dia sedang memakai baju dan sepatunya. 9. Buatlah suami Anda merasa bahwa Anda menginginkan sang suami untuk mengenakan baju yang Anda pilih buat dia, pilihlah pakaian itu oleh Anda sendiri. 10. Anda harus sensitif dan memahami keperluan suami Anda, untuk menjadikan pernikahan Anda menjadi yang terbaik tanpa menghabiskan waktu Anda. 11. Ketika ada perselisihan pendapat, hendaknya Anda tidak menunggu agar sang suami meminta ma’af kepada Anda (jangan jadikan hal ini sebagai prioritas utama harapan Anda) kecuali kalau suami Anda secara sadar mengakuinya. 12. Rawatlah penampilan dan pakaian suami Anda, biarpun kelihatannya suami Anda malas untuk merawat dan memakainya, tapi yakinlah bahwa dia akan menyukainya sebagaimana teman2nya juga akan menyukainya. 13. Hendaknya Anda tidak selalu mengandalkan suami Anda untuk berkeinginan melakukan hubungan badan, sekali-kali Anda mulailah lebih dulu, tentu pada saat yang tepat. 14. Di malam hari, jadilah seperti pengantin baru buat suami Anda, janganlah Anda beranjak tidur lebih dulu dari sang suami, kecuali kalau dirasa sangat perlu. 15. Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan kebiasaan baik Anda, banyak suami karena kesibukan kerjanya, gampang melupakan untuk melakukan hal tersebut, atau secara tidak sengaja lupa untuk menyampaikan penghargaan yang semestinya kepada Anda. 16.Hendaknya berbuat sesuai dengan keadaan dan kemampuan keuangan yang ada, dan jangan meminta sesuatu yang berlebihan dan mahal. 17.Ketika suami Anda baru pulang dari perjalanan yang lama ataupun bepergian dari tempat yang jauh, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah bahwa Anda sangat merindukan kedatangannya. 18.Ingatlah selalu bahwa keberadaan sang suami adalah salah satu sarana mendekatkan diri Anda kepada Allah SWT. 19. Pastikan Anda untuk selalu memperbaharui dan merubah bentuk penampilan Anda, sebagai tanda dan ungkapan kasih Anda menyambut suami tercinta. 20. Ketika sang suami meminta sesuatu untuk melakukan hal2 tertentu, maka pastikan Anda melakukannya dengan sigap dan sepenuh hati, jangan sampai Anda merasa enggan dan lambat

Self Motvations

‎6 KUNCI MENDAPATKAN KETENANGAN HATI Sumber: Sudah Tahukah Anda ? Sahabatku ada 6 tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati semoga bermanfaat : 1. Jangan tergantung terhadap orang lain, bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki. 2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat. 3. Jangan mengingat penyesalan di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik. 4. Jangan pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu. 5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta tapi waktu. maka pergunakan waktu dengan baik. 6. Jangan khawatir dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka, ingatlah ALLAH, ALLAH pun akan ingat pada kita.